Kesan Sinaran Ultraviolet (UV)

Radiasi UV adalah sebahagian daripada spektrum elekromagnetik (cahaya) yang memancar daripada matahari ke permukaan bumi. Ianya mempunyai gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat oleh mata biasa. Gelombang ini diklasifikasikan sebagai UVA, UVB atau UVC.

UVA adalah gelombang yang paling panjang di antara ketiga-tiganya iaitu 320-400 nanometer. Sementara UVB adalah di antara 290 hingga 320nm. Dengan gelombang sinaran yang lebih pendek, sinaran UVC kebanyakannya diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke permukaan bumi.

Namun begitu, UVA dan UVB yang menembusi atmosfera sangat memainkan peranan terhadap kehidupan bumi seperti mengakibatkan penuaan kulit pra-matang, kerosakan mata (termasuk katarak), dan kanser kulit. Ianya juga boleh melemahkan daya imunisasi, mengurangkan daya untuk melawan penyakit serta berbagai masalah lagi.

SINARAN UVA
Kebanyakan dari kita sentiasa terdedah kepada UVA yang banyak sepanjang hayat kita. Sinaran UVA adalah menyumbang sebanyak 95% daripada kesan radiasi UV yang mencecah permukaan bumi. Walaupun ianya ianya kurang terik berbanding UVB, sinaran UVA adalah 30-50 kali lebih tersebar luas berabanding UVB. Ianya hadir dengan intensiti yang lebih kurang sama semasa siang hari sepanjang tahun dan boleh menembusi awan dan cermin.


UVA yang boleh menembusi kulit lebih dalam berbanding UVB, telah diketahui sebagai penyebab penuaan kulit serta kedut (photoaging), namun para saintis percaya bahawa ianya tidak menyebabkan merosakkan yang teruk di kawasan epidermis (lapisan kulit paling luar) di mana kebanyakan kanser kulit terjadi.

Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa UVA boleh merosakkan sel kulit yang dipanggil 'keratinocytes' yang terdapat di lapisan bahagian dasar epidermis. UVA adalah penyumbang serta memulakan pembentukan kanser kulit.

Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kegelapan kulit.

SINARAN UVB
UVB adalah penyebab utama sunburn dan cenderung untuk merosakkan kulit di permukaan lapisan epidermik. Ia juga memainkan peranan utama dalam pembentukan kanser kulit dan membantu dalam penggelapan serta penuaan kulit. UVB tidak boleh menembusi cermin sepenuhnya.

Secara ringkasnya, sekiranya anda berada di bawah terik matahari, anda akan terkena kedua-dua sinaran UVA dan UVB. Namun, sekiranya anda berada di bawah bayang-bayang pokok, payung atau di dalam kereta, anda akan hanya bebas daripada terkena sinaran UVB, namun sinaran UVA akan tetap mengenai anda.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN
Pastikan anda sering terlindung daripada sinaran UVA dan UVB dalam kedua-dua keadaan samada di luar atau di dalam rumah. Sekiranya anda berada di luar rumah pastikan anda sentiasa berada di bawah teduhan bangunan, pokok atau payung.

Memandangkan UVA mampu untuk menembusi cermin, gunakan lapisan perlindungan 'tinted' pada tingkap kereta atau rumah anda. Lapisan ini mampu untuk menghalang sehingga 99.9% sinaran UV.

Sekiranya berada di luar rumah, sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Gunakan topi dan cermin mata gelap yang boleh melindungi mata anda daripada kesan sinaran UV. Topi dan cermin mata gelap boleh melindungi bahagian kulit anda yang sensitif seperti muka, tengkuk dan kawasan di sekeliling kelopak mata.


Akhirnya untuk melindungi kulit muka dan bahagian yang terdedah dan sesitif, gunakan 'sunblock' losyen yang bersesuaian. Untuk perlindungan terhadap UVA dan UVB yang berkesan, pilih 'sunblock' losyen yang mempunyai faktor SPF (Sun Protection Factor) 15 dan keatas. SPF 15 boleh melindungi sehingga 93% sinaran UVB, SPF 30 sehingga 97% dan SPF 50 sehingga 98%. Yayasan Kanser Kulit (Skin Cancer Foundation) menetapkan bahawa SPF 15 atau keatas adalah mustahak bagi melindungi daripada kanser kulit.

Kamuss Collection.


Category :